Gigi merupakan salah satu anugerah Tuhan yang paling bernilai kepada hamba-Nya yangbernama manusia. Hal ini demikian gigi merupakan salah satu anggota yang memainkanperanan yang penting dalam kehidupan manusia. Jika seseorang kehilangan giginya, seseorang manusia tersebut tidak mampu bertutur secara Jelas dan tidak mengunyahmakanan dengan baik. Secara tidak langsung, proses penghadaman manusia tidak dapat menghadam dengan baik.
Hukum Memakai Pendakap Gigi
Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada Dirinya yang telah Sempurna dan tiada masalah ataupun Kecemasan.
Allah berfirman iaitu:
لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم
"Sesungguhnya manusia itu Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah at-Tin: 4)
"Allah melaknat wanita yang membuat tatto dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya dan wanita yang meluaskan Jarak gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan"
(Sohih Muslim: Juz 14, m / s 106)
"Rasulullah saw juga melaknat perempuan yang membuat Tatu dan meminta dibuat Tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya."
(Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas r.a.)
"Hidungku telah cedera (terpotong) pada peperangan Kilab ketika zaman jahiliyyah, kemudian aku memakai hidung diperbuat dari perak, Namun ia menjadi Buruk dan busuk, lalu Rasulullah memerintahkan daku memakai hidung diperbuat dari emas"
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Bab bahawa:
"Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara FIZIKAL atau secara MENTAL (iaitu Menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di Satu tempat, diharuskan ia dibaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya Allah tidak Menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan keatas kita "
gigi yang cantik
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiA-x_uWpmsPAq6o2zFZDR7U7A6boxvKO0EpPq5FesiibkzEna6i5HfJ23rjit5JCnVAR1w5rXHa06zAFxQE2x95orCgRC4iRxV9Cy8g-wKXvMZWJhBNde-XOCHbDhXWz-t9VhoeXz5NA4/s200/braces.jpg)
gigi yang menggunakan pendakap gigi
Jelaslah bahawa memakai pendakap gigi ini tidak termasuk perbuatan yang mengubah ciptaan Allah jika ia bertujuan untuk membaiki kecacatan pada gigi, Gigi joncang dan gigi yang patah tidak mendatangkan kesakitan pada FIZIKAL tetapi akan mendatangan kesakitan secara MENTAL dan EMOSI kerana akan mengundang ketidakselesaan dihadapan orang ramai dan dipandang buruk oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment