Pages

Tuesday, January 17, 2012

Hukum Cinta Sebelum Kahwin


Apa itu 
Cinta? Jika kita bercakap tentang Cinta, kita tidak terlepas daripada bercakap tentang cinta MONYET atau seumpamanya yang menjadi nadi kepada para remaja masa kini. Kebanyakkan cinta seperti ini akan menjurus kepada pelakunya untuk melakukan perkara-perkara yang dilaknat oleh Allah tanpa memahami apa erti cinta yang betul dari segi syara'.

cinta monyet?

Cinta merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah di dalam hati semua hamba-Nya diatas muka bumi ini. Cinta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap sesama manusia termasuk pelbagai jenis makhluk di dunia ini. Persoalannya bolehkan pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?


Terdapat dua hukum jika bercinta sebelum kahwin. Antara salah satunya ialah DIHARUSKAN.
Jika kita suka dan sayang seseorang itu disebabkan kerana Allah, menyukai kerana ingin menjadikan dia isteri dan suami kita atau ia bakal isteri dan suami kita, kerana ia taat kepada Allah, tidak salah jika meluahkan isi hati yang SEKADAR sahaja kepada si dia. Tetapi lebih baik jika kita simpan di dalam hati dan tidak meluahkannya.




luahkan tetapi cuma sekadar

Rasulullah s.a.w juga mengalakkan umatnya berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'I iaitu :

"Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda s.a.w. seraya berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan Ansar. "Lalu Nabi s.a.w bertanya, " Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum". Baginda s.a.w. menjawab, "Pergilah engkau melihatnya, kerana pada mata orang-orang Ansar (biasanya) ada sesuatu (cacat)."
(Riwayat an-Nasa'I)

Selain itu, terdapat hadis yang lain yang pernah diriwayatkan oleh al-Tirmizi iaitu :

"Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan". Lalu Nabi s.a.w. bertanya, "Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum". Baginda s.a.w. menjawab , "Lihatlah dia, kerana yang demikian itu lebih menjamin untuk melangsungkan hubungan kamu berdua."
(Riwayat al-Tirmizi)

Persoalannya,dimanakan HARAM cinta sebelum kahwin?

HARAM cinta sebelum kahwin datangnya dari perbuatan yang dimurkai Allah seperti perbuatan zina dan perbuatan yang mendekati zina. Dalam firman Allah SWT menyebut :

"Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, sesungguhnya ZINA itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)"
(Surah al-Isra' ayat 32)

Cinta yang ditunjukkan dan diamalkan oleh para remaja sekarang mengungkap rasa cinta dan sayang kepada pasangan lebih dari menyintai dan menyayangi Allah SWT, bersentuhan sesama pasangan dan berdua-duaan di tempat yang sunyi dan tiada ramai orang merupakan antara perbuatan yang menghampiri dan mendekati lembah penzinaan.


Saya yakin jika para remaja zaman sekarang bercinta atas dasar HAWA NAFSU, kemungkinan rumah tangga yang dibina oleh para remaja tidak mendapat keredhaan oleh Allah SWT kerana ia dibina atas jalan yang dimurkai oleh Allah.



No comments:

Post a Comment