Pages

Thursday, January 19, 2012

Hukum Meninggalkan Solat Walaupun Diqadha'kan

bersolat
Terdapat banyak fatwa yang diberikan oleh al-Imam Syaraf an-Nabawi tentang hukum meninggalkan solat. Beliau mengatakan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat tanpa disengajakan seperti TERTIDUR, PENGSAN dan TERLUPA, maka ada KAFFARAT (penghapus dosa) ke atas pelaku dengan cara mengantikan solat yang ditinggalkan secepat yang mungkin ( tiada dosa keatasnya ).

terlupa
tertidur
 Dalilnya, sabda Rasululluh s.a.w. :

"Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, hendaklah dia menunaikannya apabila sedar atau teringat"

"Sesiapa yang terlupa satu sembahyang, hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya: tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan mengantikan solat tersebut.

Tetapi sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dengan sebab MALAS dan CUAI, maka hatinya telah berdosa besar dan tidak ada KAFFARAH ( penghapus dosa ) keatas pelakunya. Walaubagaimanapun, orang yang meninggalkan solat secara sengaja diwajibkan qadha' tetapi hendaklah disusuli dengan taubat, istighfar dan solat sunat. Ini adalah pendapat JUMHUR ( kebanyakkan ).


malas



Mengikut pendapat Syaikhul Islam Ibn Tammiyah r.a., beliau menolak pendapat JUMHUR dan menafikan hukum solat qadha' bagi yang sengaja meninggalkan solat. Perbuatan ini tidak sah kerana tidak disyariatkan dan sesiapa yang melakukannya adalah BATAL. Bagi pendapat Daud Zahiri, perbuatan yang patut dilakukan oleh pelaku yang meninggalkan solatnya hanya melakukan     TAUBAT, ISTIGHFAR dan SOLAT SUNAH.




Pesanan saya:



JAGA SOLAT, ANDA HEBAT.




Wednesday, January 18, 2012

Hukum Suntikan Bagi Orang Berpuasa

Terdapat banyak persoalan yang berada di dalam minda para pembaca iaitu mengenai isu hukum suntikan bagi orang yang sedang menunaikan ibadat puasa. Jika kita menyoal segelintir orang ramai pada zaman sekarang, terlalu ramai yang mengatakan BATAL puasa yang kita lakukan jika kita melakukan suntikan bagi orang yang berpuasa.


Mengikut sumber dari Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin telah menjawab persoalan ini. Terdapat dua jenis suntikan perubatan iaitu :

  • Suntikan Nutrisi ( Infusion )
  • Suntikan Selain Nutrisi
Suntikan Nutrisi iaitu Infusion yang boleh mengantikan keperluan makanan dan minuman. Suntikan sebegini termasuk perkara yang MEMBATALKAN puasa kerana ia dinilai seperti makanan dan minuman.
suntikan nutrisi


Suntikan Selain Nutrisi merupakan suntikan yang tidak mengandungi ZAT makanan dan minuman. Suntikan sebegini tidak termasuk sebagai makan dan minum. Antara suntikan selain nutrisi seperti suntikan ubat dan pengambil sampel darah. Jadi hukum bagi orang yang berpuasa ialah SAH sehinggakan ada dalil syari' yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya. Sebaiknya suntikan seperti ini dilakukan pada waktu malam dan merupakan satu langkah berjaga-jaga ketika puasa.


pengambilan darah merupakan salah satu suntikan selain nutrisi




Diet yang seimbang

Pada zaman globalisasi ini, terdapat ramai orang yang mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat dan diet yang tidak seimbang. Diet yang tidak seimbang bermaksud kekurangan protein yang boleh menjejaskan kelancaran tubuh badan. Diet yang tidak seimbang berlaku kerana kurang atau berlebihan dalam jumlah pengambilanya. Mengambil makanan secara berlebihan akan membawa pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kardiovaskular

obesiti

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan )"
(Mutaffaq Alaih)


 Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Aturlah makanan anda dengan bijak contohnya seperti berikut :

  • Sarapan - Makan makanan yang mempunyai kolari yang tinggi serta protein yang dapat      membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan seharian.
makanan berkalori tinggi

buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Makan tengah hari - Kuantiti makanan yang dimakan harus dikurangkan dan memakan makanan yang mengimbangkan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Makan malam - Kuantiti makanan yang diambil perlu dikurangkan.



Pesanan saya ialah DISPLINKAN diri anda dalam pengambilan makanan yang sihat seperti Rasulullah s.a.w. supaya berat badan anda sihat serta dapat dikawal.




Tuesday, January 17, 2012

Hukum Cinta Sebelum Kahwin


Apa itu 
Cinta? Jika kita bercakap tentang Cinta, kita tidak terlepas daripada bercakap tentang cinta MONYET atau seumpamanya yang menjadi nadi kepada para remaja masa kini. Kebanyakkan cinta seperti ini akan menjurus kepada pelakunya untuk melakukan perkara-perkara yang dilaknat oleh Allah tanpa memahami apa erti cinta yang betul dari segi syara'.

cinta monyet?

Cinta merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah di dalam hati semua hamba-Nya diatas muka bumi ini. Cinta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap sesama manusia termasuk pelbagai jenis makhluk di dunia ini. Persoalannya bolehkan pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?


Terdapat dua hukum jika bercinta sebelum kahwin. Antara salah satunya ialah DIHARUSKAN.
Jika kita suka dan sayang seseorang itu disebabkan kerana Allah, menyukai kerana ingin menjadikan dia isteri dan suami kita atau ia bakal isteri dan suami kita, kerana ia taat kepada Allah, tidak salah jika meluahkan isi hati yang SEKADAR sahaja kepada si dia. Tetapi lebih baik jika kita simpan di dalam hati dan tidak meluahkannya.




luahkan tetapi cuma sekadar

Rasulullah s.a.w juga mengalakkan umatnya berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'I iaitu :

"Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda s.a.w. seraya berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan Ansar. "Lalu Nabi s.a.w bertanya, " Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum". Baginda s.a.w. menjawab, "Pergilah engkau melihatnya, kerana pada mata orang-orang Ansar (biasanya) ada sesuatu (cacat)."
(Riwayat an-Nasa'I)

Selain itu, terdapat hadis yang lain yang pernah diriwayatkan oleh al-Tirmizi iaitu :

"Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan". Lalu Nabi s.a.w. bertanya, "Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum". Baginda s.a.w. menjawab , "Lihatlah dia, kerana yang demikian itu lebih menjamin untuk melangsungkan hubungan kamu berdua."
(Riwayat al-Tirmizi)

Persoalannya,dimanakan HARAM cinta sebelum kahwin?

HARAM cinta sebelum kahwin datangnya dari perbuatan yang dimurkai Allah seperti perbuatan zina dan perbuatan yang mendekati zina. Dalam firman Allah SWT menyebut :

"Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, sesungguhnya ZINA itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)"
(Surah al-Isra' ayat 32)

Cinta yang ditunjukkan dan diamalkan oleh para remaja sekarang mengungkap rasa cinta dan sayang kepada pasangan lebih dari menyintai dan menyayangi Allah SWT, bersentuhan sesama pasangan dan berdua-duaan di tempat yang sunyi dan tiada ramai orang merupakan antara perbuatan yang menghampiri dan mendekati lembah penzinaan.


Saya yakin jika para remaja zaman sekarang bercinta atas dasar HAWA NAFSU, kemungkinan rumah tangga yang dibina oleh para remaja tidak mendapat keredhaan oleh Allah SWT kerana ia dibina atas jalan yang dimurkai oleh Allah.



Monday, January 16, 2012

Hukum Memakai Pendakap Gigi

Gigi merupakan salah satu anugerah Tuhan yang paling bernilai kepada hamba-Nya yangbernama manusia. Hal ini demikian gigi merupakan salah satu anggota yang memainkanperanan yang penting dalam kehidupan manusia. Jika seseorang kehilangan giginya, seseorang manusia tersebut tidak mampu bertutur secara Jelas dan tidak mengunyahmakanan dengan baik. Secara tidak langsung, proses penghadaman manusia tidak dapat menghadam dengan baik.


Hukum Memakai Pendakap Gigi


 Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada Dirinya yang telah Sempurna dan tiada masalah ataupun Kecemasan.


Allah berfirman iaitu:
لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم

"Sesungguhnya manusia itu Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"
(Surah at-Tin: 4)

 Hukum mengubah ciptaan Allah adalah HARAM. Perbuatan ini akan mendapat laknat dari Allah dan Nabi Muhammad iaitu Rasulullah saw sebagaimana disebut oleh hadis:


"Allah melaknat wanita yang membuat tatto dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya dan wanita yang meluaskan Jarak  gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan"
(Sohih Muslim: Juz 14, m / s 106)

"Rasulullah saw juga melaknat perempuan yang membuat Tatu dan meminta dibuat Tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya."
(Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas r.a.)

   Meluaskan atau menipiskan gigi ialah sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan lebih cantik, hal ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM Jika dilakukan untuk kecantikan SEMATA-MATA. Sebaliknya tetapi, Jika untuk keperluan iaitu mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka jenis ini diharuskan kerana rawatan ini dapat menghilangkan atau mengurangkan kecacatan berdalilkan hadis As'ad iaitu:


"Hidungku telah cedera (terpotong) pada peperangan Kilab ketika zaman jahiliyyah, kemudian aku memakai hidung diperbuat dari perak, Namun ia menjadi Buruk dan busuk, lalu Rasulullah memerintahkan daku memakai hidung diperbuat dari emas"


Syeikh Yusuf al-Qaradhawi Bab bahawa:


"Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara FIZIKAL atau secara MENTAL (iaitu Menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di Satu tempat, diharuskan ia dibaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya Allah tidak Menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan keatas kita "



gigi yang cantik




gigi yang HARUS menggunakan pendakap gigi


gigi yang menggunakan pendakap gigi

Jelaslah bahawa memakai pendakap gigi ini tidak termasuk perbuatan yang mengubah ciptaan Allah jika ia bertujuan untuk membaiki kecacatan pada gigi, Gigi joncang dan gigi yang patah tidak mendatangkan kesakitan pada FIZIKAL tetapi akan mendatangan kesakitan secara MENTAL dan EMOSI kerana akan mengundang ketidakselesaan dihadapan orang ramai dan dipandang buruk oleh orang lain.