Pages

Friday, February 3, 2012

Mandi Bogel??...Boleh ke..????

Hehehe...saye kembali...hari ini kite akan mengupas hal yang sangat ...sangattt ....sangatttt....dekat dengan kite....hehe...MANDI BOGEL...??boleh ke mandi bogel....?? PADA PANDANGAN SAYA LAHHH....ramai orang zaman sekarang mandi bogel....hehe...tapi saye tidak taw...ini pendapat saye lah....( saye tidak mengintai okayyy....TOLONG LAH )...hahaha....tpi saye harap ramai lah mandi x bogel...hahaha....so ramai yang tertanye2...BOLEH KE MANDI BOGEL??....APA HUKUM MANDI BOGEL??...mari kite pandang masalah ini dengan SERIUS...

mandi keadaan bogel ke???
okayy...banyak pandangan ulama yang mengatakan mandi dalam KEADAAN BOGEL adalah HARAM jika kita MANDI BERAMAI-RAMAI atau tempat yang boleh dilihat oleh orang ramai.....

Tetapi...jika kita mandi dalam keadaan bogel bersendirian atau tempat yang tertutup dan tidak dpt dilihat oleh orang ramai...maknenyer HUKUM NYERR HARUSSSSSSS.....

so boleh lah mandi dalam keadaan bogelll......TETAPI....x best lah jika kite x ikut sunnah RASULULLAH SAW kan...?? seelok-elok nyer.....baek kite mandi dengan keadaan tutup aurat..

mandi...mandi....mandi....

Ade satu riwayat hadis oleh Mu'awiyah bin Haidah yang menceritakan; Aku telah bertanye Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah! Bile masenyer wajib kami tutup dan bila masenyer boleh kami buka?"....Jawab Baginda SAW, "Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu memiliki"....Aku bertanyer lagi, "Bagaimana jike sekiranyer seseorang dari kami sedang bersendirian?"...Rasululluh SAW menjawab, "Allah lebih layak untuk kamu berase malu dari manusia".
( Hadis Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah )



PESANAN SAYA :



KLO MALU DENGAN ALLAH....JOM MANDI TUTUP AURAT...


okayy....Assalamualaikum...:)

Thursday, February 2, 2012

Hukum Tidur Selepas Subuh

Tidoo selepas subuh....ramai manusia zaman sekarang tido selepas subuh semase cuti sekolah, cuti kerja dan ape2 cuti lah...tetapi hari2 berkerja n sekolah x de lah orang nak tido lepas subuh..t takut lambat g kerje n sekolah...( tapi ade jugak yang lambat)hehehe...tetapi persoalannyer sekarang...ADAKAH HARAM TIDUR SELEPAS SUBUH ?? dan ORANG YANG TIDUR SELEPAS SUBUH AKAN DAPAT KESUSAHAN UNTUK MENDAPAT REZEKI???
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

Menurut Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan beliau x pernah lagi terjumpa tentang larangan tido selepas subuh ini. Disebabkan kerana x ade dalil yang shahih, maka tido selepas subuh ini HARUS hukumnya.

Walaupun bagaimana pon...Rasulullah SAW dan sahabat2 nyer x lakukan amalan tido selepas subuh ini....mereka x tido dan berjage sehingga matahari naik...nie terdpt kat dalam hadis shahih riwayat iman muslim...

MACAM MANE NIE....???hahaha...so conclusion nyer...kite bley lah tido selepas subuh...( bunyi macam best )...tetapi bagi saye, x rase bazir ke mase...baek pagi2 kite jogging ke...bace buku ke..kemas rumah ke...tolong mak kat dapur ke ( PEREMPUAN ).. .tolong abah cuci kerete ke pagi2 LELAKI )...klo yang paling teruk..bukak FACEBOOK ke....mcm2 bley wat....klo yang paling  bagus..wat lah amalan2 yang Rasulullah SAW buat contoh BERZIKIR ke, SOLAT DHUHA ke...byk lagiii.....

Tolong mak masak pagi2
Bace buku pagi2

Tolong abah basuh kereta







PESANAN SAYA :




JANGAN TIDO LEPAS SUBUH...BYK MASA BERBAZIR
( tpi klo dah penat sngt...tido sekejap jek lah okay..hehe )...

okay...Assalamualaikum..

Wednesday, February 1, 2012

Pengenalan Diri..

Assalamualaikum semua....


okay...saye nak memperkenalkan lah diri saye ini yg x de ape2 nie...saya MOHAMED NAZMI BIN MOHAMED.....2 jek lah KOT....hehe...saya masih belajar lagi...saye belajar di JORDAN..di Yarmouk University...amik ekonomi islam...2 jek lah kot...hahah...

saya dah wat 5 buah article...yang agak skema....saye harap korang suke...saye nie jenis ske tulis yang tidak skema2....n x ske wat karangan 4 unsur..sebab saye teruk wat karangan...SPM pon dapat A jek...hahaa...

saya bukan skema macam nie yekk....

saya rase saye akan ubah cara penulisan saye yang AGAK LEBIH SEMPOI...dan lebih senang para remaja n para masyarakat membace n SERONOKKK ketike membace....



2 jek dari saye...SELAMAT MEMBACE..:)

Thursday, January 19, 2012

Hukum Meninggalkan Solat Walaupun Diqadha'kan

bersolat
Terdapat banyak fatwa yang diberikan oleh al-Imam Syaraf an-Nabawi tentang hukum meninggalkan solat. Beliau mengatakan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat tanpa disengajakan seperti TERTIDUR, PENGSAN dan TERLUPA, maka ada KAFFARAT (penghapus dosa) ke atas pelaku dengan cara mengantikan solat yang ditinggalkan secepat yang mungkin ( tiada dosa keatasnya ).

terlupa
tertidur
 Dalilnya, sabda Rasululluh s.a.w. :

"Jika tidur salah seorang daripada kamu daripada solat, atau melupainya, hendaklah dia menunaikannya apabila sedar atau teringat"

"Sesiapa yang terlupa satu sembahyang, hendaklah menunaikannya apabila dia teringatnya: tiada kaffarah baginya kecuali yang tersebut iaitu tidak perlu membayar kaffarah yang lain, memadai dengan mengantikan solat tersebut.

Tetapi sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dengan sebab MALAS dan CUAI, maka hatinya telah berdosa besar dan tidak ada KAFFARAH ( penghapus dosa ) keatas pelakunya. Walaubagaimanapun, orang yang meninggalkan solat secara sengaja diwajibkan qadha' tetapi hendaklah disusuli dengan taubat, istighfar dan solat sunat. Ini adalah pendapat JUMHUR ( kebanyakkan ).


malas



Mengikut pendapat Syaikhul Islam Ibn Tammiyah r.a., beliau menolak pendapat JUMHUR dan menafikan hukum solat qadha' bagi yang sengaja meninggalkan solat. Perbuatan ini tidak sah kerana tidak disyariatkan dan sesiapa yang melakukannya adalah BATAL. Bagi pendapat Daud Zahiri, perbuatan yang patut dilakukan oleh pelaku yang meninggalkan solatnya hanya melakukan     TAUBAT, ISTIGHFAR dan SOLAT SUNAH.




Pesanan saya:



JAGA SOLAT, ANDA HEBAT.




Wednesday, January 18, 2012

Hukum Suntikan Bagi Orang Berpuasa

Terdapat banyak persoalan yang berada di dalam minda para pembaca iaitu mengenai isu hukum suntikan bagi orang yang sedang menunaikan ibadat puasa. Jika kita menyoal segelintir orang ramai pada zaman sekarang, terlalu ramai yang mengatakan BATAL puasa yang kita lakukan jika kita melakukan suntikan bagi orang yang berpuasa.


Mengikut sumber dari Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin telah menjawab persoalan ini. Terdapat dua jenis suntikan perubatan iaitu :

  • Suntikan Nutrisi ( Infusion )
  • Suntikan Selain Nutrisi
Suntikan Nutrisi iaitu Infusion yang boleh mengantikan keperluan makanan dan minuman. Suntikan sebegini termasuk perkara yang MEMBATALKAN puasa kerana ia dinilai seperti makanan dan minuman.
suntikan nutrisi


Suntikan Selain Nutrisi merupakan suntikan yang tidak mengandungi ZAT makanan dan minuman. Suntikan sebegini tidak termasuk sebagai makan dan minum. Antara suntikan selain nutrisi seperti suntikan ubat dan pengambil sampel darah. Jadi hukum bagi orang yang berpuasa ialah SAH sehinggakan ada dalil syari' yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya. Sebaiknya suntikan seperti ini dilakukan pada waktu malam dan merupakan satu langkah berjaga-jaga ketika puasa.


pengambilan darah merupakan salah satu suntikan selain nutrisi




Diet yang seimbang

Pada zaman globalisasi ini, terdapat ramai orang yang mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat dan diet yang tidak seimbang. Diet yang tidak seimbang bermaksud kekurangan protein yang boleh menjejaskan kelancaran tubuh badan. Diet yang tidak seimbang berlaku kerana kurang atau berlebihan dalam jumlah pengambilanya. Mengambil makanan secara berlebihan akan membawa pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit kardiovaskular

obesiti

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan )"
(Mutaffaq Alaih)


 Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Aturlah makanan anda dengan bijak contohnya seperti berikut :

  • Sarapan - Makan makanan yang mempunyai kolari yang tinggi serta protein yang dapat      membekalkan tenaga bagi melakukan pekerjaan seharian.
makanan berkalori tinggi

buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Makan tengah hari - Kuantiti makanan yang dimakan harus dikurangkan dan memakan makanan yang mengimbangkan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Makan malam - Kuantiti makanan yang diambil perlu dikurangkan.



Pesanan saya ialah DISPLINKAN diri anda dalam pengambilan makanan yang sihat seperti Rasulullah s.a.w. supaya berat badan anda sihat serta dapat dikawal.




Tuesday, January 17, 2012

Hukum Cinta Sebelum Kahwin


Apa itu 
Cinta? Jika kita bercakap tentang Cinta, kita tidak terlepas daripada bercakap tentang cinta MONYET atau seumpamanya yang menjadi nadi kepada para remaja masa kini. Kebanyakkan cinta seperti ini akan menjurus kepada pelakunya untuk melakukan perkara-perkara yang dilaknat oleh Allah tanpa memahami apa erti cinta yang betul dari segi syara'.

cinta monyet?

Cinta merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah di dalam hati semua hamba-Nya diatas muka bumi ini. Cinta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap sesama manusia termasuk pelbagai jenis makhluk di dunia ini. Persoalannya bolehkan pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?


Terdapat dua hukum jika bercinta sebelum kahwin. Antara salah satunya ialah DIHARUSKAN.
Jika kita suka dan sayang seseorang itu disebabkan kerana Allah, menyukai kerana ingin menjadikan dia isteri dan suami kita atau ia bakal isteri dan suami kita, kerana ia taat kepada Allah, tidak salah jika meluahkan isi hati yang SEKADAR sahaja kepada si dia. Tetapi lebih baik jika kita simpan di dalam hati dan tidak meluahkannya.




luahkan tetapi cuma sekadar

Rasulullah s.a.w juga mengalakkan umatnya berkenalan sebelum mendirikan rumah tangga. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'I iaitu :

"Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda s.a.w. seraya berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan Ansar. "Lalu Nabi s.a.w bertanya, " Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum". Baginda s.a.w. menjawab, "Pergilah engkau melihatnya, kerana pada mata orang-orang Ansar (biasanya) ada sesuatu (cacat)."
(Riwayat an-Nasa'I)

Selain itu, terdapat hadis yang lain yang pernah diriwayatkan oleh al-Tirmizi iaitu :

"Pernah seorang lelaki datang kepada Baginda s.a.w. dan berkata, "Saya telah meminang seorang perempuan". Lalu Nabi s.a.w. bertanya, "Apakah engkau telah melihatnya?" Dia menjawab, "Belum". Baginda s.a.w. menjawab , "Lihatlah dia, kerana yang demikian itu lebih menjamin untuk melangsungkan hubungan kamu berdua."
(Riwayat al-Tirmizi)

Persoalannya,dimanakan HARAM cinta sebelum kahwin?

HARAM cinta sebelum kahwin datangnya dari perbuatan yang dimurkai Allah seperti perbuatan zina dan perbuatan yang mendekati zina. Dalam firman Allah SWT menyebut :

"Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, sesungguhnya ZINA itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)"
(Surah al-Isra' ayat 32)

Cinta yang ditunjukkan dan diamalkan oleh para remaja sekarang mengungkap rasa cinta dan sayang kepada pasangan lebih dari menyintai dan menyayangi Allah SWT, bersentuhan sesama pasangan dan berdua-duaan di tempat yang sunyi dan tiada ramai orang merupakan antara perbuatan yang menghampiri dan mendekati lembah penzinaan.


Saya yakin jika para remaja zaman sekarang bercinta atas dasar HAWA NAFSU, kemungkinan rumah tangga yang dibina oleh para remaja tidak mendapat keredhaan oleh Allah SWT kerana ia dibina atas jalan yang dimurkai oleh Allah.